Monday, January 31, 2011

ohh.. kakak

saya harap kakak saya dan kawan2 nya yang berada di Mesir selamat, sihat, dilindungi Allah... amin...
sesungguhnya saya sangatlah risau akan dirinya..
umpama angin dan hujan pada minggu ini membawa sesuatu yang betul2 menekan dihati. oh angin, oh bulan, oh bintang, kau bawalah salam sayang dan rindu aku kepada diri nya di sana... Ya Allah lindungilah kakak dan kawan2 nya di sana.. kuatkan hati mereka... teguhkan iman mereka... lindungi mereka daripada bencana yang melanda di sana.. lindungi dari segala ancaman di sana...  Amin...
kak, kalau kau dapat pesanan adik ni, ingat eh, jaga diri... doa banyak2... adik rindu kat kau... adik doakan kau sihat selamat kat sana... amin...
kak,take care!

Tuesday, January 18, 2011

=)

ngaaa..biler dah dapat peluang tu, rebut saja... jangan biarkan peluang tu terlepas begitu saja..nanti menyesal sendiri... tiada peluang lagi untuk kita lagi dah.. ye, mungkin ada peluang kedua tapi kita tahu kah bila akan adanya peluang itu? kita sendiri tidak tahu peluang tu datang bila dan macam mana. kadang2 peluang tu akan terlepas tanpa kita sedari sendiri. fahamilah bahawa kita tidak selalu akan mendapat peluang itu. gunakan sebaik2 nya. usaha... di mana2 saja kita berada, jika kita bawa diri dengan baik dan sentiasa sedar siapa diri kita, kita pasti akan berjaya. seperti kakak..aaghahaa... kakak nangis biler tak dapat pergi rusia, tapi dia dapat peluang pergi mesir guna duit sendiri.tapi akhirnya,berkat air mata dan doa semua, kakak berjaya melangkah mengejar cita2 nya yang tinggal beberapa tahun lagi dia akan kecapi. saya bangga jadi adiknya! kadang2 saya terpikir, jenis otak ape yang kakak ade ye? cerdik betul... duduk kat sana pun boleh ingat lagi sains menengah rendah.. hayyoo... tabik spring la! ngahahaha! zz... menjauhkan diri. perlu terlaksana dalam masa seminggu! ngee...

credit to kakak: weyh! nanti ayah claim lerr duit present tu.. lahahaha! ngee... impian tidak terlaksana. tidak apa, adik masih berpeluang jadi macam kau! tengoklah nanti! insya Allah! doakan adik!ngee!

Friday, January 14, 2011

Rahsia Kelegaan yang Dia Beri

assalamualaikum... huhuu.. berkat pagi jumaat hari ini, merangkap penghulu segala hari dan merupakan hari cuti buat semua penduduk Negeri Sembilan... abang terbuka mindanya menceritakan segala2nya pasal pekerjaan yang dia buat. sungguh! aku lega sangat2 abang sudi berkongsi ngan mama... dan aku menyemak kat situ... alaa.. citer hot.. sape tak nak dengar... masa tu jugaklah aku dapat tengok muka abang aku tu lama2 compare sebelum ni.. setakat sekilas pandang je.. ee..tau lah erti bersyukurnya kat Allah sebab kurniakan aku seorang abang yang baik dan berakal panjang.. walaupun tadi ada tanya dia pasal physics, dia buat toya je... aihh... kasi sebijik karang.. ahaa.. so, terhapus la negatif2 tu... macam2 cerita abang bagi... aku pun dengan muka seriu saja mendengar.. ni td baca blog kakak.. ahaha... lawak2.. rindu2 gak!!! adoi... adik ni tak de la sosial sgt..