Saturday, August 27, 2011

neah... lupa pulak bulan ini

assalamualaikum... 






sedang2 puasa tinggal beberapa hari lagi jea ni, baru perasan yang tengah sambut merdeka... kesian dekat bulan merdeka sebab semua orang sibuk ingat kat puasa... tapi kesian lagi puasa sebab dah nak hampir2 last day ni, raya yang semua orang ingat... happy gila nak beraya... well... kita setiap masa boleh raya... boleh sambut merdeka... tapi nak sambut puasa tu dengan ganjaran dia yang melimpah2 tak terkata tu setahun sekali jea... ganjaran tu pulak kita patunya kena rebut dan pastikan kita dapat ganjaran tu... betul tak? ye laa... ingat lagi ustaz ke naqib DH cakap yang bulan puasa ni Allah bagi ganjaran bergantung kepada amalan kita bulan tu.. bulan2 lain allah dah beri ketetapan banyak mana nak kasi pahala... kan2


humm... tah laa... sebab dah berbulan duduk SEMESRA, rindu sangat life yang ada path dan routine yang membebalkan.. tak tahulah kenapa boleh bertahan dekat situ... selalu ingatkan kat diri jangan hidup bawah bayang orang lain... lived on your own way... erk..betul tak?
haha... pedulikan apa yang orang cakap pasal kau... janji kau hidup happy dan kau buat benda yang betul... lantak lah orang nak kata apa.. mulut manusia mana boleh tutup... kann??? heee....


so, moral of the value is be yourself and never ever put yourself under the ground.. wahaha.. pandai2 je aku nii..hee.. okei... salam...


~Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. ~ (al-Muzammil:6-8)

Friday, August 5, 2011

Puasa di SEMESRA

alhamdulillah 5 hari berpuasa... haaaaaa...fisrt time puasa bulan ramadhan jauh dari rumah(alah.. 30minit perjalanan je) bersahur...pergh... memang best... tak payah pakai alarm clock... sudah tersedia "alarm clock" baru yang berjalan dari aras AZ(akhirul zaman) sampai aras KePet(kelana petra)... memang suka pun...tak payah perabis bateri jam..hahaha... tabik lah warden... sekali jerit je, aku sudah bangun duduk melunjur tanda dah bangun.. haha... sahur 4.30 pagi... terbaik lah sahur dia..(tak missed sahur lagi keh)... mula2 je ramai turun,, lama2 diorang turun lambat..dalam 5.15 pagi macam tu.. aku je semangat nak makan pukul 4.45pagi.. hehehee... sahur biasalah... tak special mana pun... then meneruskan rutin biasa iaitu meng'halau' aspuri pergi solat subuh sebelum 6.05 pagi.. haha...aspura maju gila..pandai dah bangun awal... tahniah... bangga saya...

tidak seperti selalu,aku mandi selepas subuh dengan sedapnya.. boleh syampu dan mandi lama2.. tak ada orang sibuk kacau nak after.. memang tak spoil mood lahh.. nasib baik Bulan Ramadhan.. haha... ok... aku kena mencapub( mencari publisiti) dekat foyer masa perhimpunan selasa.. haha... kasi kuiz ramadhan dekat budak2...eee... malunyaa... tapi, control punya pasal ++ Inche ada, so tampal lah senyum 7 juta megawatt.. kira ok apa... diorang kata "N, best lah.. rock gila kau" erkk? rock?hahaha.. diorang kata suara aku jelas dan kuat gila! ceh... kira aku ni takdalah nak kasi masalah kat semesra pasal diorang tak dengar budak2 announce something2 kat perhimpunan... dan tak gagap eh.. haha...

hmm... coming exam... masalah tido tak kurang lagi..adeh.... doakan aku boleh atasi masalah tido ni... (tula.sapa suruh kasi tidor 3-4jam je..mana cukup... 6 jam baru cukup laa...)
sampai sini dulu... nak khatamkan bio dan add math.. =D XD

thanks to UMNO for the anugerah pelajar cemerlang.. dapat jumpa budak semesra dekat sini. haha
this picture menunjukkan aku sudah tembam... haha

Islam Mementingkan Kasih Sayang

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
 
Riwayat at-Tabrani


 
Huraian
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.