Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

tahniah!bangga! happy! semua ada... semua merasa... saya pun cuma sedikit tak best sebab saya rasa memang macam tak best... huhu...but, tahniah lah buat pemain2 muda Harimau Malaya.. Safee Sali, Kunanlan, Shafiq Rahim,Qhairul Fahmi dan pasukan anda kerana berjaya membawa kegemilangan yang sangat dinantikan kepada kami,rakyat Malaysia... kecoh!!! memang bagus lah kita menang... alhamdulillah... tahniah... =) 2-1 kalah tapi menang 4-2 agregat... tahniah! hmm... agak2 boleh main untuk Piala Dunia tak? ahahaha... make sure dapat lah ye... nak sangat tengok Malaysia ke Piala Dunia.. kita doakan saja... amin... sukan sea pun tau! aha..

Tuesday, December 28, 2010

fikiran



kadang2 apabila kita membaca sesuatu yang lebih matang, secara automatik kita akan berfikir secara matang. sekali gus benda ini akan mematangkan kita. sekaligus, kita akan tahu apa yang perlu kita fikirkan sebelum bertindak. saya dah fikirkan, dan saya tahu itu adalah keputusan yang terbaik dan berlandaskan jalanNya. saya tahu, impak akan keputusan ini, namun apa boleh dibuat, hanya itu jalan yang terbaik... hanya itu yang mampu saya lakukan... walaupun perkara ini menyakitkan.
sesuatu yang baik bagi kita, tidak semestinya baik bagi orang lain... dan apa yang kita rasa sesuatu baik itu, hakikatnya, ia tidak baik bagi kita. hanya kita sebagai manusia yang menganggap bahawa perkara itu baik untuk kita. 


Monday, December 20, 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Ayah!

wow! nak share! hari ini ulangtahun hari lahir ayah saya yang tersayang!! yg ke 45 tahun,,, wow..mudenyer!
ahaha...masih muda laa... serius... xcaye tgok la gmbr..nnty saya upload... gurrr....




anis beli kad... (pemalas budak tu nak buat sndri... kak,,kau marah si anis ni...membazir jek..) hoho
mama buat kek..sedap kott...belom rase lagi sebab tadi potong je... aku x rase sebab nak gi makan pizza... kat parkson.. huhuuu... aku pulak buat fruit tart... home made k.. aha...  hee...
haa...mama buat... sedap la pulak tgok.. ehee... home made k! percaya lah!

saya tak ada hadiah nak kasi... sebab tak tahu nak kasi ape... ingat nak kasi sesuatu yg berguna... tapi... hm.. tah la...hadiah tak penting... janji kita ingat.. itu sudah memadai... sempena hari yang best ni,, saya nak ucap kan selamat hai lahir buat ayah saya yang tersayang... walaupun anakmu ini sukar menyatakan kasih sayangnya bahkan sukar menunjukkan sifat itu, tapi ketahuilah bahawa anakmu ini... berbeza sedikit... maaf jika selalu salah... semoga murah rezeki, dirahmati dan dikasihi Allah.. Amin... terima kasih ayah!
sayang ayah!

warna meriah untuk ayah

Sunday, December 19, 2010

Blog yang baik dibaca

ahaa... saya pon xtau macam mana boleh terpikir hal ini... tadi pergi tesco, jumpe Idris Karim... ehee... pemain bola sepak NS... dgn family dye..nak je saya jerit nama dye mase tu... ahaa... 


merujuk tajuk kat atas ni, ^ saya ada terbaca beberapa blog yang menarik dan penuh pengajaran... senang hati nak baca sebab banyak info boleh kita dapat... blog ni, boleh jadi medan dakwah yang berkesan. blog yang saya kunjungi selalunya banyak fakta dan kritikan yang membawa kita ke arah kemajuan.. seharusnya kita juga digalakkan menulis sesuatu yang bermanfaat di samping berkongsi cerita sesama insan di alam maya ini. saya tersenyum dan mula berfikir bahawa saya juga harus menulis seumpamanya... mungkin ada yang berkata, blog hak diri sendiri dan pemilik blog boleh menulis sesuka hati mereka... ya.. itu benar tapi dalam pendekatan yang lain, kita digalakkan menyebarkan dakwah kepada semua.. blog salah satu medium untuk menyebarkan dakwah. Islam juga menyuruh kita menyebarkan dakwah... pastikan dalam cara yang betul. barulah dakwah kita berkesan.. hmm..saya bukan nak membebel atau nak bersyarah kat sini.. tapi... sejak kebelakangan ini, saya sering terfikir sesuatu yang sangat berbeza dari sudut diri saya... cuti sekolah membuka minda saya untuk berfikir menghargai segala nikmat di sekeliling saya. berfikir untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. ya. manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja... 

hmm... zaman remaja ini, banyak perkara yang mengelirukan... remaja mahukan kebebasan... saya seorang remaja dan juga mahukan kebebasan.. namun kadang kala kebebasan yang saya inginkan tidak diperlukan hakikatnya kerana ada yang telah melalui zaman seusia saya dan memahami kehendak remaja.pengalaman ya ng mereka ada itulah yang menyekat kebebasan remaja... itu yang remaja tidak puas hati. namun, jika difikir2 balik, ada baiknya mereka mengawal kita.. mereka mengasihi dan menyayangi diri kita. mereka tidak mahu kite terjerumus dalam gejala yang negatif... sebab itu mereka kawal kita... saya sering terfikir dan sedar bahawa saya harus memahami keadaan dan belajar melalui pengalaman mereka yang lepas. humm... mungkin ada yang tidak faham, tapi, mari kita fikirkan semula...

kebebasan yang kita ada kini tidak semestinya baik untuk diri kita. pasti ada keburukannya jika kita terlalu bebas. fikirkan, apa perkara yang pernah terjadi apabila kita terlalu bebas...? dan apa yang bakal terjadi jika kita sentiasa bebas melakukan apa saja? fikirkan...

saya ingat nak delete semua post yang tidak mendatangkan faedah... huu... saya sudah bosan sebab sudah lama tidak mendapat sesuatu yang berguna semasa cuti ini... selain belajar, saya ada juga dapat perkara yang serba sedikit berguna... hmm..contohnya kawal kemarahan, kawal pemakanan(dah tak makan keropok yg tak berkhasiat tu!! yes!), menghentikan tabiat ber Facebook...(yang ni buat perlahan2), menghargai alam sekitar dan memahami realiti hidup di muka bumi yang fana ini...(setelah membaca dan merenung berita2 yang tersiar di berita dan akhbar...)

Saturday, December 18, 2010

Bila mahu berganda

Assalamualaikum... ehe... 
hmm... cuti ni makan jela selain tidur, solat, kemas rumah (kalau rajin laa.. :) ), keluar rumah jalan2, seterusnya menghadap komputer.. huu... macam tak ade kerja lain je...
 ade la.. belajar muzik, belajar agama, belajar buat kek, tart, dan kek cawan, serta belajar tidur awal.. aha(tidur pon kena belajar ek?)  
oh..tengok bola pun tidak ketinggalan.. gahaahaha.. seriau tgok Malaysia lawan Vietnam.. 
Tapi, Kunanlan masih gah berlari berbanding kawan2 nya... ahaha! eee...bila nak gol ni!!!!???????? stress pulak tengok game ni.. grr...  
bosan la pulak... nak update blog, mcm xde pape nak cakap... hoo...saje mengupdate...



oh..lari topik pulak... 
sepanjang cuti ini, saya berazam nak menambah berat badan dan kelihatan lebih berisi sedikit berbanding dahulu... 
ehehee.. semalam tengok tv, orang tu cakap 
" kurus sangat tak cantik"...
 saya tau laa.. dah lama tau jadi saya makan lebih sedikit makanan yang berkhasiat.. sayur, buah, ayam dikurangkan..( muak la!), keju, roti... lepas tu buat sit up dan work out skit.. kira, ni sumer tips2 yang orang tu kasi la.. 
ahaha... rasa2, berat dah bertambah..hmm... maybe dah sampai 40kg kott.. target nak 45 kg lah! ehee... tak nak kurangkan berat badan, tak sesuai dengan usia.. 
huhuu... (oh... mama cakap, kawan mama, aunt jeya puji abang hansem.. hah?! errk..boleh laa.. aha)
hmm... ok lah... macam x de pape jek..aha..