Sunday, December 19, 2010

Blog yang baik dibaca

ahaa... saya pon xtau macam mana boleh terpikir hal ini... tadi pergi tesco, jumpe Idris Karim... ehee... pemain bola sepak NS... dgn family dye..nak je saya jerit nama dye mase tu... ahaa... 


merujuk tajuk kat atas ni, ^ saya ada terbaca beberapa blog yang menarik dan penuh pengajaran... senang hati nak baca sebab banyak info boleh kita dapat... blog ni, boleh jadi medan dakwah yang berkesan. blog yang saya kunjungi selalunya banyak fakta dan kritikan yang membawa kita ke arah kemajuan.. seharusnya kita juga digalakkan menulis sesuatu yang bermanfaat di samping berkongsi cerita sesama insan di alam maya ini. saya tersenyum dan mula berfikir bahawa saya juga harus menulis seumpamanya... mungkin ada yang berkata, blog hak diri sendiri dan pemilik blog boleh menulis sesuka hati mereka... ya.. itu benar tapi dalam pendekatan yang lain, kita digalakkan menyebarkan dakwah kepada semua.. blog salah satu medium untuk menyebarkan dakwah. Islam juga menyuruh kita menyebarkan dakwah... pastikan dalam cara yang betul. barulah dakwah kita berkesan.. hmm..saya bukan nak membebel atau nak bersyarah kat sini.. tapi... sejak kebelakangan ini, saya sering terfikir sesuatu yang sangat berbeza dari sudut diri saya... cuti sekolah membuka minda saya untuk berfikir menghargai segala nikmat di sekeliling saya. berfikir untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. ya. manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja... 

hmm... zaman remaja ini, banyak perkara yang mengelirukan... remaja mahukan kebebasan... saya seorang remaja dan juga mahukan kebebasan.. namun kadang kala kebebasan yang saya inginkan tidak diperlukan hakikatnya kerana ada yang telah melalui zaman seusia saya dan memahami kehendak remaja.pengalaman ya ng mereka ada itulah yang menyekat kebebasan remaja... itu yang remaja tidak puas hati. namun, jika difikir2 balik, ada baiknya mereka mengawal kita.. mereka mengasihi dan menyayangi diri kita. mereka tidak mahu kite terjerumus dalam gejala yang negatif... sebab itu mereka kawal kita... saya sering terfikir dan sedar bahawa saya harus memahami keadaan dan belajar melalui pengalaman mereka yang lepas. humm... mungkin ada yang tidak faham, tapi, mari kita fikirkan semula...

kebebasan yang kita ada kini tidak semestinya baik untuk diri kita. pasti ada keburukannya jika kita terlalu bebas. fikirkan, apa perkara yang pernah terjadi apabila kita terlalu bebas...? dan apa yang bakal terjadi jika kita sentiasa bebas melakukan apa saja? fikirkan...

saya ingat nak delete semua post yang tidak mendatangkan faedah... huu... saya sudah bosan sebab sudah lama tidak mendapat sesuatu yang berguna semasa cuti ini... selain belajar, saya ada juga dapat perkara yang serba sedikit berguna... hmm..contohnya kawal kemarahan, kawal pemakanan(dah tak makan keropok yg tak berkhasiat tu!! yes!), menghentikan tabiat ber Facebook...(yang ni buat perlahan2), menghargai alam sekitar dan memahami realiti hidup di muka bumi yang fana ini...(setelah membaca dan merenung berita2 yang tersiar di berita dan akhbar...)

No comments:

Post a Comment

bicara bualmu